dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
banyak yang berubah.
| |
Tuesday, March 24, 2009 / 5:26 AM

perjalanan hidup dan peristiwa sepanjang aku meninggalkan blog ini untuk tempoh yg lama (lama sgt ke?) ... banyak yang berubah. terlalu banyak!

malam ini, tepatnya pagi ini (jam menunjukkan 5.28 am) aku diseret ke masa silam... kenangan datang bertandang. sayu aku rasakan ... untuk apa rasa itu aku tak pasti, tapi itulah yang kurasa,sayu...

STOP tentang rasa yang sayu mayu tu... juz 4get it!

jalanan hidup aku banyak yg berubah... aku menempuh jalan yang pelbagai sejak meninggalkan blog ini bersawang... yang pastinya, jalanan itu tak pernah selamanya terang atau bersinar... ada ketika samar dan langsung gelap ... dan aku hargai pelbagai peristiwa yang aku tempuhi ... aku belajar untuk menghargai segalanya dengan lebih bagus ... melihat kehidupan daripada pelbagai persepsi ... mengenali manusia daripada pelbagai sudut ...

menghampiri, menjalin dan menjadi sebahagian daripada mereka... eksperimen. ia satu eksperimen hidup... yang pada satu detik tertentu, aku harus memilih bagaimana pengakhirannya... kerna, dalam setiap perkara... kita mesti membuat keputusan!

lama...
| |
Monday, March 23, 2009 / 5:45 AM

lama...
lama sangat-sangat tak jejak blog ni..
hingga kadangkala aku hampir lupa tentang kewujudannya..
:)
hurm...
misi baru : aktifkan semula blog anda...
hahahaha...

:: Tak sabar nak balik kL ::

| |
Wednesday, February 06, 2008 / 7:20 PM

mungkin untuk masa sekarang dan akan datang(tak tahu sampai bila), aku hanya SANGAT TERUJA untuk membaca blog-blog orang sahaja.. jadi perasaan liat untuk mengapdet blog dibiarkan bermaharaja lela..

selamat menyambut tahun baru cina.. bagi yang menyambutnya...

| |
Friday, December 21, 2007 / 9:40 PM

dalam ruang yang menghimpit waktu.. aku menyelusup utk mengupdate blog.. huhu

agak lama dibiar bersarang, bukan sengaja.. agak keributan.
sekarang bercuti semester selama 3minggu.. cuti ini harus dihabiskan dengan menaip, menaip dan menaip. huhu...

hurm... selalu jadi begini, bila lama-lama tak update blog tak tahu nak mula dari mana. ngeee hehehe..

saya melayari internet untuk mencari sesuatu, tapi tidak berjumpa pula. tak apalah, mungkin lain kali akan ketemu.. jadi, minta diri dulu..

jika rajin akan diupdate nanti.. :) wassalam.

| |
Wednesday, November 14, 2007 / 12:20 PM

semalam : hujan bersama air mata.

semalam hujan menyaksikan pertemuan aku dan dia. hujan juga telah menyaksikan luluhnya air mataku di hadapan dia.

aku tidak pasti untuk apakah air mata itu. tapi ada suatu yang tertahan di atma sehingga aku tak mampu menahan lagi lantas terurai bersama titis-titis jernih. hatiku terasa sakit.. terlalu sakit! hatiku lebih sakit kerana dia menyembunyikan dalam-dalam tiap apa yang ada di hatinya. aku tahu telah banyak.. malah terlalu banyak yang terpendam di sudut hatinya. tiap kali pertemuanku dengan dia, aku tahu ada yang dia simpankan.. rapat, kemas hanya dalam hatinya sendiri. tetapi, aku masih mampu mengawal seperti mana dia juga pandai mengawal dan menyimpan apa yang dilindungi di balik sukmanya.

akan tetapi juga, aku sungguh tak mengerti mengapa semalam saat terpandang mukanya.. aku dapat merasa satu kesakitan yang terlalu dalam. sepatutnya aku tidak menunggu, tapi hatiku yang mendesak.. dan desakan hatiku ini rupanya telah menampakkan sesuatu. dia dah lain, dan aku .. tidak merasakan apa-apa. itu hak dia untuk memilih kelainan. wajahnya semalam telah berkata-kata sehingga aku merasa terlalu sakit dan menangis. aku tak dapat tahan lagi seperti selalu.. tapi, hanya aku yang tewas sedang dia masih selamba dengan wajah biasa walau dalam hatinya aku tahu ada yang berkocak dan bergelora. kelakar, hanya aku yang menangis. dia memang bijak mengawal emosi.. atau mungkin dia telah terlalu banyak menangis sendirian?

aku banyak belajar menjadi matang bila mula kenal dengan dia. aku mula belajar memandang kehidupan dari persepsi yang berbeza bila kenal dia. aku belajar untuk mengawal emosi sejak kenal dia. sebenarnya, banyak yang aku perolehi sepanjang kenal dia. dan aku tak pernah menyesal mengenali dia, sekalipun aku tahu suatu hari nanti dia akan pergi daripada hidupku seperti mana dia juga akan pergi daripada hidup insan yang dia sayang tanpa sebab.

rumitnya hidup! penuh rencah.

"Bila suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau sayang tanpa sebab.. Kau akan tahu macam mana siksanya nak tinggalkan orang yang kau sayang tanpa sebab tu."
dan ayat itu, tertusuk dalam amat melekat dalam atmaku.
:: cuba hidup dengan biasa-biasa saja ::

| |
Monday, November 12, 2007 / 5:41 PM

salam hujan+sejuk.

hari ini ada pementasan teater pelajar tahun satu yang berjudul "Air Mata Syawal" di blackbox Aswara.
semua dijemput hadir, digalakkan memakai baju raya.

dan aku...
berbaju raya warna hijau!

hehehehe...

:: sejuk banget weh!! ::

| |
Thursday, November 08, 2007 / 12:12 AM

hurm..

mata sudah layu mengantuk, tapi masih sempat menaip kerana sedang menemani seorang kawan yang berada di cc ini..huhu..

oh ya, lokasinya lupa nak diberitahu.. aku sekarang berada di hostel unikL, tempat lama aku blajar dolu-dolu.. saja datang melawat kengkawan IT sedang exam (exceli menyibuk time orang busy nak exam..haha) tak tau pun diorang exam, sampai sini baru mereka cakap mereka sedang bertempur dengam final exam. ok... layannn je la...

aku sedang menanti kedatangan abahku yang tersayang. akan tiba insya-Allah pada hari sabtu ini.. pukul berapa tak tau lagi, uhuhuhu... "abah, teman kakak beli kasut. dah koyak dan lusuh" ngeeehehehe..

hostel unikL semakin best setelah aku meninggalkannya untuk ASWARA terchenta. semakin maju, sudah ada cc.. dulu masa aku kat sini baru nak buat je.. huhu.. [iklan jap]

semalam bersamaan hari selasa daku telah berkesempatan melihat hati malaya 1957 (oh, agak terlewatkah) . dihimpit masa yang tidak menentu dan perkara yang pelbagai aku sememangnya tidak sempat untuk menontonnya awal-awal.. hurm.. 1957 satu filem tentang sejarah yang menarik perhatian. seperti kata anga, belajar sejarah dolu-dolu tentu tak bosan kalau ada filem macam ni.. haha (anga mesti cakap, motif letak nama aku?) :-p ...

oklah, sini sangat sejuk.. dan aku seorang yang amat tidak tahan dengan kesejukan.. sehingga bertemu lagi.. sekian, wassalam.