dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
| |
Wednesday, August 15, 2007 / 4:08 PM

salammmm...

dah ama blog ni tak 'bergambar' kan? huhuhu...
sempena hari istimewa buat sorang member yang aku sayangi ni [ahakkk ada jugak yang tak leh tido kang.. :p bluwekss]

hari ni besday dia.. so aku nak ucapkan HEPI BESDAY ANGA!!!!
bila kita boleh jumpa dan selebret bersama? ada hadiah specel dariku untukmu.. ahahahaha...
wish u awez hepi my frenzzz.... muahhh.. luv uu [ aku rasa macam akan ada yang kata aku gila je ngan kenyataan ni anga... muakakaka] lantak p..

:: ASWARA ni rupanya sama naik sejuknya dengan bangunan unikL tu la.. ciss...aku beku::

demam
| |
Tuesday, August 07, 2007 / 12:01 PM

hari ni dah masuk dua hari aku demam..
selalu-selalu kalau demam sehari je dah boleh baik lepas makan ubat.. tapi tidak kali ni nampaknya.. sebab demam ni bukan demam biasa..

demam ni disebabkan kerongkok aku yang menghadapi masalah.. merah, pedih dan bernanah sedikit [kata doktor laa.. gerun je aku dengar bernanah tu..huhu] katanya aku menghidapi ulser [yeke gitu ejanya] .. dan katanya lagi, stress tidak baik untuk aku.. [hahah.. aku terpikir macam mana dia tau aku stress ni.. huhu]

dan akhirnya, doktor yang cun tu telah menyenaraikan beberapa makanan yang aku tak boleh makan [huuu..tak beshnya, aku suka makan.. :( tak dapat la nak makan macam selalu lagi] ..
katanya lagi lepas ni sila makan perlahan-lahan.. jangan nak cepat habis, sebab kerongkokku sentitif.. senang 'calar'.. haha [sekali lagi aku terpikir, macam mana dia tau aku makan laju-laju.. haha]

hari ini aku tak ada kelas.. oh yehh.. mahu keluar[peduli apa aku demam pon, nak kuar jugak]
dua hari lepas sebelum demam aku telah menyenaraikan sesuatu yang patut aku laksanakan.. aku tak pasti adakah pelaksanaan yang mendadak itu membuatkan aku demam? huhu.. apapun, aku perlu melaksanakannya..

:: abahku nak datang khamis ni.. mesti rindu akan anaknya.. hehe, aku ni anak abah.huhu ::

....
| |
Sunday, August 05, 2007 / 12:27 PM

hari ini aku jalani tanpa perasaan kerna semua perasaanku telah tercurah semalamnya.. haha..

dan aku tidak mahu berperasaan lagi[bolehkah? sudah berapa kali ungkapkan begini tapi asyik fail jerk.. ciss] cubalah jidah.. caiyok!!! kau mesti boleh kalau tak nanti kau sakit lagi..

jauh dan masa itu akan merubat hati.. barangkali begitukah? mungkin, aku mahu cuba.. walau aku tahu dalam keadaan bagaimana pun, aku dan dia masih akan tetap bertemu atas beberapa urusan yang penting.. hurm.....

lantaklah.. persetan semua tu, ada apa dengan perasaan?? hohoo..

oh yeahhhh... esok akan start kelas.. aku teruja!

:: untuk shai.. aku di aswara, unikL hanya tinggal sejarah ::

pernah tak?
| |
Thursday, August 02, 2007 / 2:38 PM

pernah tak kau rasa seperti mahu menangis tapi tiada air mata yang mengalir?

pernah tak kau rasa terlalu berat yang tersimpan dalam dada tapi tak dapat kau keluarkan?

hatiku..
entah mengapa diserbu bubuk yang menyesakkan dada
sakit pedih dan pilu rasanya
tanpa ada siapa pun yang mengerti
apatah lagi menyelami


selalu-selalu kita katakan, orang lain tak pernah memahami kita. sebenarnya, kita memang tidak memahami antara satu sama lain. terlalu unik kita-kita ini hingga kadangnya ketidakfahaman antara kita mencetuskan satu rasa yang menyakitkan hati.
bukanlah meminta untuk difahami, tapi kadang dalam hati ini ada satu rasa yang membuak-buak sakitnya. SAKIT! kalaulah bisa digambarkan seperti sebuah lukisan pun tak mungkin kita-kita ini akan faham sesakit manakah ia, kerna kita sememangnya berbeza. aku benci untuk menjadi orang yang sakit. tapi itulah yang aku hadapi hari-hari. sakit dan SUNYI. sunyi dan SAKIT.

ah.. pergi jahanam, sejauh mana aku ingin melayan rasa yang menyakitkan? apa hidup ini tidak lebih hanya untuk rasa sakit? hidup banyak pilihan, tapi kenapa hadir dan jelma tika ini hanya satu rasa yang sakit? aku mencarilah, mencari suatu yang indah. aku tidak duduk goyang kaki menadah tangan mohon dengan penuh harap tanpa usaha sendiri. tapi kenapa? dan bila suatu yang indah itu akan aku temui? apa ini satu ujian sebelum aku temui suatu yang indah? hahhhh.. entahlah. kadang aku penat. rasa ingin REHAT panjang.. rehat panjangggg dari semua ini.

adakah rasa sakit yang indah? oh tuhan.. tolonglah, sakit ini belum pernah indah aku rasakan..

ASWARA
| |
Wednesday, August 01, 2007 / 2:56 PM

salammmm...

muahahHhh.. aku rindu tenetttttttttt... huhu...

oh yeh, sabtu lepas dengan jayanya[campur sedikit penderaan-haha-] telah tamatnya orientasi aswara yang berjalan selama 5 hari di lembah azween resort.. aku tidak perlu menerangkan lebih lanjut kerana masing-masing telah sedia maklum bagaimana program orientasi dijalankan[bagi yang penah berorientasi lah.. yang tidak, tunggulah..hohoo]

minggu ini, rata-rata kelas baik dari bidang manapun[muzik, tari, filem dan video, teater serta penulisan(akulah tu)] kebanyakannya belum mula kelas. so enjoy la kejap.. aku ni[sewaktu menaip di library yang sejuk sama tahap ngan unikL dulu tu].. aku baru lepas LePaK tgk budak-budak muzik main instrumen mereka. oh yeh.. aku sangat suka dapat melihat orang-orang yang terer muzik memainkan gitar dan piano.. aku ingin tambah satu lagi muzik kegemaranku. GAMBUS.. ah hah.. gambus sangat besh!!
hari jumaat,sabtu dan ahad ini ada persembahan daripada budak-budak muzik. Dah tentu peluang ini takkan dilepaskan.

walaupun ari jumaat malam aku ada DATING TETAP.. takpe.. ari sabtu dan ahad masih ada.. sangat bagus dapat melihat persembahan muzik.. masuk adalah PERCUMA. ayoLahhh.. :p

aku sangat suka melepak di library.. terlalu banyak buku untuk aku baca.. rasa macam nak pecah pale otak gembira nampak buku.. [ada jugak rasa algojoh=gelojoh nak baca 7buah buku dalam detik yang sama..haha.. kenapa mesti 7? sukahatilah.. aku suka number 7]

tapi sebelum aku baca aku lepak depan pc dulu, sebab aku RINDU sama tenet.. huhu.. aku belum bawak laptop aku [aku takut nak bawa laptop aku tu.. sebab macam-macam jenis ada kat sini.. risau ngan keTERJAMINan laptopku.. huhu..] takpela.. nanti dah yakin diri sikit, aku bawalah.. sementara ni biarlah laptopku berada di 'situ' .. orang kat situ tolong jaga eh.. hehe..

kesejukan telah mencapai tahap beku, aku sangka di unikL saja aku perlu berjaket sepanjang masa.. di sini pun sama.. ohhh.. nampaknya aku harus mempunyai koleksi jaket yang banyak selepas ini.. yeahhh... kamsaiyokk... adios... bramboshhh...