dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
kebosanan yang menghempap!
| |
Friday, December 29, 2006 / 6:20 PM

adakah manusia merasai bosan sehebat aku sekarang ini? huh~~

salam...
hari ini .. sebetulnya sepanjang minggu ini, saya tidak sihat... asyik diselangi dengan selsema dan batuk-batuk(siptom apekah? heh)..

hari ini 28hb, semalam 27.. heh..
sesungguhnya..

saya tak pernah lupa hari lahir tiap insan yang PERNAH ada di hati saya
semoga dia bahagia sahaja di sana..
sekarang saya menghitung hari untuk pulang ke kL .. 1hb raya kedua saya akan bertolak ke kL semula.. ada yang mahu temankan saya dalam bas? hehehe...
baiklah.. terasa tidak gemar memanjangkan taipan.. blog ini entah kenapa terasa sunyi..
mahu update pun segan-segan sahaja..
barangkali benar-benar masa untuk "BERHENTI" dari terus "BERHARAP"?

bosan lagi...
| |
Monday, December 25, 2006 / 3:11 PM


hanya mau taruk gambar.



Cameron highland


Afiq. tunjuk penumbuk pe kes?



Amni.. riang dier :D


Photobucket - Video and Image Hosting
Besday kakaknye.. afifah.





bercuti..
| |
Friday, December 22, 2006 / 2:38 PM


anak sedara sepupu..

Bosan.. mari pergi bercuti..

nota cuti : ada yang nak ikut??


hidup mengapa harus BoSaN???
| |
Thursday, December 21, 2006 / 6:49 PM

salam..

dengan perkataan apakah lagi untukku ungkapkan segala rasa sebal+bosan+bingit dalam hidup seharianku sekarang?

kadang hidup terlalu ceria untuk dibosankan. heh.. bagaimana jika hidup terlalu BOSAN untuk diceriakan? hurm...

berselirat!!!
BOSAN...

1.
| |
Monday, December 18, 2006 / 2:52 PM

satu HARI lebih bermakna bersama orang yang kita SAYANG!

heee
| |
/ 2:04 PM

salam..

aku mau apdet dengan bahasa pasar.. ngeh ngeh ngeh...

masok ari ni suda 3 ari adik aku terlentang kat atas katil umah aku .. dia telah x-cdent bersama-sama kereta NAZA RIA yang tak dikenal pasti plat numburnya. Keadaannya sangat sadis, sebab takleh berdiri dengan sendiri. siotlah nak kena angkat.. kalo ringan ok gak!
tapi takpa, bukan aku yang ditugaskan untuk mengangkatnya.. hahah..
bahunya telah patah terkopak...(keras sgt ke perkataan tu?) haha

semalam adalah tahap kepenatan aku yang menggila kerna terpaksa menjadi pembancuh air tukang kuli untuk tiap yang datang menjengah adik aku !! hoh.. penat sehhh.. bukan nak berkira sangat buat air. tapi bayangkanlah, yang datang satu gerombolan. kawan-kawan adik aku ni ntah apa-apa .. macam adik aku dah nak mamposh datang lawat tiap hari. dok melepak lama lak tu.. siap men game PS2 abang aku. SIALan!! korang boleh tahan ke kalo semacam itu?? huh!!

aku amat berharap kawan-kawan dia (kalau tau blog ni) BACA betapa seriusnya kepenatan aku melayan karenah meraka!!!

.... pun sangat penat bila buat kerja tak menjadi ....
.adios.


coding??
| |
Thursday, December 14, 2006 / 10:22 PM



salam... hajat di hati mahu menukar template blog ini..


tapi saya jadi blur+pening sebab dah lama tak tukar template.


jadinya.. keputusannya, biar gini saja.. balik unikL nanti akan saya tukar yang baru. :)






gambar tak berkena-mengena dengan entry.

Nota coding: Bosan di rumah.. ufh...


apa ni??? iskkk...
| |
Sunday, December 10, 2006 / 12:31 PM

photoplus???

kenapa saat-saat ini tiada photoshop.. photoplus macam tak banyak fungsi (atau aku saja yang tak tahu menggunakan,hehe) . aku telah cuba mengedit dengan photoplus, entah.. rasa kurang..

dan.. yang buat aku makin berasap, ianya tak boleh ditukarkan format kepada JPG.. huuuuu~~~ sangat sedih, dan dengan itu.. aku pun tidak boleh mahu memasukkan gambar tersebut ke blog. ishkk..ishkk.. sedih ni!! :(

serasa-rasanya, sebelum aku ke KL.. aku pernah menggunakan photoplus, tiada sebarang masalah pula. siap boleh publish lagi kat blog. tapi ntah kenapa photoplus kali ini tiada format ke JPG. SSP apa mendanya??

aku laparlah.. balik .. mau pergi kenduri (sebenarnya bukan suka sangat kenduri.. tapi, manala tau.. kena tempiasnya, boleh kahwin cepat.. hahaha.. GATAL!) :p

sekian.wassalam.

nota photoplus: ini akan membuatkan aku malas nak mengupdate blog. Aku nak balik KL.. cepatlah bulan 1 tahun 2007. haha! nak guna photoshop!!!

Terkilan
| |
Saturday, December 09, 2006 / 1:22 PM

Agak terkilan bila mana CC ini sudah tidak ada lagi Photoshopnya..
Maka niat untuk mengedit tidak menjadi.

Pulang saja.

nota terkilan : tak semua kadang yang kita impikan akan terlaksana.

ayat-ayat cinta
| |
Friday, December 08, 2006 / 1:24 PM

salam buat kalian yang sudi membaca..

jika anda tidak suka bercinta... TOLONG JANGAN BACA! heh...

Photobucket - Video and Image Hosting


setelah puas melihat enaknya olahan filem cinta, aku berteleku hampir dua hari yang bosan sepanjang berada di rumah menghabiskan kisah cinta yang menarik hati dalam novel "Ayat-Ayat Cinta".

sungguh indah dan mempersona jalan atur ceritanya beserta tiap watak ciptaan penulisnya iaitu Habiburrahman El Shirazy (Novelis, Sarjana Al-Azhar Universiti Cairo). Kisah cinta ini bukan kisah biasa yang selalu dan acapkali dipertengahkan oleh sekian banyak novel. Kisahnya, mengajar, menasihati, memikir dan membawa kita untuk sama-sama merasa nikmat cinta yang SEBENAR. Susunan katanya juga amat serasi dan mudah difahami.. sangat patut dan wajar untuk yang ingin mencari kelainan daripada membaca novel-novel yang berlambak adanya di pasaran. :)

watak utama dalam novel ini (Fahri) digarap dengan begitu baik disamping dua watak yang membangkitkan lagi keindahan novel ini (Aisha dan Maria) .
ingin merasa indahnya CINTA? capai, baca dan hayati dengan seikhlasnya hati dari novel "Ayat-Ayat Cinta"


"alangkah manis bidadariku ini
bukan main elok pesonanya
matanya berbinar-binar
alangkah indahnya
bibirnya
mawar merekah di taman syurga.." -Fahri.


"Suamiku, kita ini satu jiwa. Kau adalah aku. Dan aku adalah kau. Kita akan mengharungi kehidupan ini bersama. Dukamu dukaku. Dukaku dukamu. Sukamu sukaku. Sukaku sukamu. Cita-citamu cita-citaku. cita-citaku cita-citamu. Senangmu senangku. Senangku senangmu. Bencimu benciku. Benciku bencimu. Kurangmu kurangku. Kurangku kurangmu. Kelebihanmu kelebihanku. Kelebihanku kelebihanmu. Mulikmu milikku. Milikku milikmu. Hidupmu hidupku. Hidupku hidupmu." -Aisha


"Aku masih mencium baunya syurga. Wanginya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya."-Maria.

cerita tentang kasih
| |
Tuesday, December 05, 2006 / 9:02 PM

Harus bagaimana dimulakan???


Photobucket - Video and Image Hosting

.
.

Photobucket - Video and Image Hosting

.
.

Photobucket - Video and Image Hosting



sebuah kisah tentang kasih.
aku tahu sudah ramai yang mengulas tentang kisah itu.. rasanya tak perlu aku mengulas terlalu panjang lebar.

cukup untuk aku katakan.. tiap bait dalam lafaz dialognya, bisa buat hati TERSENTUH !
kadang ayatnya.. terlalu biasa, tapi cukup menyentuh.

seperti inilah filem Malaysia yang aku nantikan.. haha.

tak perlu ulas banyak jika hati telah TERSENTUH.

nota 'tersentuh' : "Sayang kamu untuk kali pertama melihat.. syg kamu walaupun dia hadir.. sayang kamu dan akan tetap sayang kamu.. sayang kamu walaupun kamu di sana.. tapi, saya tahu kamu bahagia.. itu tak mengapa.. "

.titik.

kembali menapak.
| |
Monday, December 04, 2006 / 9:23 PM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya kembali lagi ke sini, dengan izin dari-Nya jua. Saat dan ketika ini, saya berada di kampung halaman saya (jitra, kedah) kerana saya sedang bercuti semester.

Apa perasaan tatkala berada di kampung? 3 hari pertama, saya rasa agak bosan. kenapa? sebab saya tak boleh nak keluar ke mana-mana, tak ada kenderaan. Jadinya, saya terpaksa duduk dalam rumah dengan perasaan penuh sebal. Hari ini sahaja baru saya boleh menapak keluar ( itupun setelah abang saya setuju hantar saya ke CC malam ni. ) Kalau tidak, blog ini akan terus usang tanpa jentikan keyboard daripada saya. :)

Tidak ada apa sangat yang mahu saya coretkan, esok.. saya mahu menonton CINTA yang sedang enak dijamah penonton di setiap pelosok negeri-negeri di Malaysia sekarang. :)
Agaknya saya terlewat, tapi rasanya saya belum terlambat kan?

Mungkin jua akan ada satu entry esoknya mengulas tentang CINTA. :)

Nota Jikustik : Untuk dikenang sahaja semua ini sebenarnya...

Sekian.