dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
| |
Wednesday, November 14, 2007 / 12:20 PM

semalam : hujan bersama air mata.

semalam hujan menyaksikan pertemuan aku dan dia. hujan juga telah menyaksikan luluhnya air mataku di hadapan dia.

aku tidak pasti untuk apakah air mata itu. tapi ada suatu yang tertahan di atma sehingga aku tak mampu menahan lagi lantas terurai bersama titis-titis jernih. hatiku terasa sakit.. terlalu sakit! hatiku lebih sakit kerana dia menyembunyikan dalam-dalam tiap apa yang ada di hatinya. aku tahu telah banyak.. malah terlalu banyak yang terpendam di sudut hatinya. tiap kali pertemuanku dengan dia, aku tahu ada yang dia simpankan.. rapat, kemas hanya dalam hatinya sendiri. tetapi, aku masih mampu mengawal seperti mana dia juga pandai mengawal dan menyimpan apa yang dilindungi di balik sukmanya.

akan tetapi juga, aku sungguh tak mengerti mengapa semalam saat terpandang mukanya.. aku dapat merasa satu kesakitan yang terlalu dalam. sepatutnya aku tidak menunggu, tapi hatiku yang mendesak.. dan desakan hatiku ini rupanya telah menampakkan sesuatu. dia dah lain, dan aku .. tidak merasakan apa-apa. itu hak dia untuk memilih kelainan. wajahnya semalam telah berkata-kata sehingga aku merasa terlalu sakit dan menangis. aku tak dapat tahan lagi seperti selalu.. tapi, hanya aku yang tewas sedang dia masih selamba dengan wajah biasa walau dalam hatinya aku tahu ada yang berkocak dan bergelora. kelakar, hanya aku yang menangis. dia memang bijak mengawal emosi.. atau mungkin dia telah terlalu banyak menangis sendirian?

aku banyak belajar menjadi matang bila mula kenal dengan dia. aku mula belajar memandang kehidupan dari persepsi yang berbeza bila kenal dia. aku belajar untuk mengawal emosi sejak kenal dia. sebenarnya, banyak yang aku perolehi sepanjang kenal dia. dan aku tak pernah menyesal mengenali dia, sekalipun aku tahu suatu hari nanti dia akan pergi daripada hidupku seperti mana dia juga akan pergi daripada hidup insan yang dia sayang tanpa sebab.

rumitnya hidup! penuh rencah.

"Bila suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau sayang tanpa sebab.. Kau akan tahu macam mana siksanya nak tinggalkan orang yang kau sayang tanpa sebab tu."
dan ayat itu, tertusuk dalam amat melekat dalam atmaku.
:: cuba hidup dengan biasa-biasa saja ::

| |
Monday, November 12, 2007 / 5:41 PM

salam hujan+sejuk.

hari ini ada pementasan teater pelajar tahun satu yang berjudul "Air Mata Syawal" di blackbox Aswara.
semua dijemput hadir, digalakkan memakai baju raya.

dan aku...
berbaju raya warna hijau!

hehehehe...

:: sejuk banget weh!! ::

| |
Thursday, November 08, 2007 / 12:12 AM

hurm..

mata sudah layu mengantuk, tapi masih sempat menaip kerana sedang menemani seorang kawan yang berada di cc ini..huhu..

oh ya, lokasinya lupa nak diberitahu.. aku sekarang berada di hostel unikL, tempat lama aku blajar dolu-dolu.. saja datang melawat kengkawan IT sedang exam (exceli menyibuk time orang busy nak exam..haha) tak tau pun diorang exam, sampai sini baru mereka cakap mereka sedang bertempur dengam final exam. ok... layannn je la...

aku sedang menanti kedatangan abahku yang tersayang. akan tiba insya-Allah pada hari sabtu ini.. pukul berapa tak tau lagi, uhuhuhu... "abah, teman kakak beli kasut. dah koyak dan lusuh" ngeeehehehe..

hostel unikL semakin best setelah aku meninggalkannya untuk ASWARA terchenta. semakin maju, sudah ada cc.. dulu masa aku kat sini baru nak buat je.. huhu.. [iklan jap]

semalam bersamaan hari selasa daku telah berkesempatan melihat hati malaya 1957 (oh, agak terlewatkah) . dihimpit masa yang tidak menentu dan perkara yang pelbagai aku sememangnya tidak sempat untuk menontonnya awal-awal.. hurm.. 1957 satu filem tentang sejarah yang menarik perhatian. seperti kata anga, belajar sejarah dolu-dolu tentu tak bosan kalau ada filem macam ni.. haha (anga mesti cakap, motif letak nama aku?) :-p ...

oklah, sini sangat sejuk.. dan aku seorang yang amat tidak tahan dengan kesejukan.. sehingga bertemu lagi.. sekian, wassalam.

erm..
| |
Tuesday, November 06, 2007 / 5:24 PM

Hari ini hari selasa, hari selasa merupakan hari yang free bagi aku. heheh.. sekarang aku berada di MPH Mid Valley, seraya mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang usang..

Hari sabtu dan ahad yang lepas, bertempat di ASWARA telah berlakunya kejadian yang menggembirakan aku iaitu adanya "Seminar Penulisan Cereka 2007" .. :) senyumku tampak gembira bukan? hehe... dapat bersua dengan beberapa sasterawan negara dan beberapa penulis kegemaran tentulah gembira. Sehingga tidurku begitu lena walaupun seharusnya berasa takut berada dalam bilik seorang diri sedangkan kawan-kawanku semuanya pulang atau overnight entah di mana. hurm... biarkan mereka, asalkan bahagia.. seperti aku, hahaha...

Tapi kegembiraanku tidaklah begitu meninggi tahap langit bila mana aku masih risau dengan keadaan notebook yang masih belum dibaiki. Ini semua telah menyebabkan kerja-kerjaku tergendala. Harap-harap minggu ini semuanya selesai dan aku dapat menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh. Aku juga sedang menanti kedatangan abahku pada hujung minggu ini (katanya mahu datang tapi belum pasti), walaupun begitu, aku tetap menunggu. :)

Oklah.. ada janji temu bersama seseorang. hehehe... sampai di sini dahulu. salam.

::Gambar-gambar tidak dapat diupload disebabkan masalah teknikal::