dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
Template!
| |
Thursday, March 22, 2007 / 2:28 PM

mencari template yang sesuai ikut idaman hati untuk menukar rupa blog ini! huhu..


nota template : Ada cadangan warna apa yang menarik. Saya tolak warna hitam! hahaha..

tag??apakah?
| |
Monday, March 19, 2007 / 10:42 AM

mungkin agak terlewat, tapi mahu merealisasikan tag SIS HONEY padaku. Lewat update sebab daku balik kampung. Daku di kampung sekarang!! :)

VIRUS TAG.

kesihatan

--->sihat-sihat sokmo. hehehe.. saya jarang-jarang kena demam,susah nak dapat demam. Tapi selalu dan senang dapat selsema! Agaknya sebab saya tak tahan sejuk.Huhu. Dan, ooo yeah, saya kena kawal aktiviti duduk berlama-lamaan atas kerusi, sebab sakit belakang akan menyerang kalau duduk lama sangat. ngeeee... mungkin kesan akibat saya pernah accident dulu.

fizikal

--->Ngeee heee.. soalan apakah ini?Saya chumel-chumel orangnye.. ekekeke

gaya hidup


--->Sempoiii.. kadang-kadang saya boleh hidup tanpa orang lain dengan kata "lantak la apa jadi". Tapi kadangnya, saya tak boleh hidup kalau tak ada orang yang menyokong. ngeee.. Bila saya down saya perlu ada orang untuk beri support. Tapi sekarang dah tak ada siapa nak memainkan peranan itu. Maka saya memberi support kepada diri sendiri! huhu..

Kawan-kawan selalu kata saya pelik!! agaknya yang pelik-pelik semua kena kat saya. huh! tapi saya tak rasa pula hidup saya pelik bila saya sanggup tengok wayang sorang-sorang dengan pakai baju kurung. haha! (tak pelik kan?tapi kenapa mereka kata pelik?)



pemakanan

--->Saya makan segala yang halal! tapi.. sorry yea, saya tak makan ikan haruan dan ikan keli. hisk.. entah kenapa, tak boleh telan!

sikap

--->Ramai orang yang mengenali aku kata aku nakal. Tapi kadang-kadang aku rasa aku 'jahat' . haha.. aku bersikap baik kepada orang yang baik dengan aku. Ada masanya aku bersikap kejam pada orang yang kejam denganku. Ada masa, sekejam manapun orang itu pada aku, aku tetap bersikap baik padanya .. huhu, sekarang aku mencuba untuk bersikap baik pada semua, tapi.. sehari yang lepas ada orang menyatakan padaku "Kita kena kejam bila diperlakukan dengan kejam" heh! mungkin..

kesalahan yg paling besar yg diakhiri dgn mujurlah.....

--->Weh!! Soalan apa ni? cissss.. ini terlalu personal. huhu.. cukup hanya aku dan orang-orang tertentu saja tau.. hak hak.. tapi oklah, aku bagitau satu daripada beberapa hal. apa ya? entahlah.. tak payah tau lah. hahaha...

Virus ini tidak akan disebarkan kerana aku bukan penternak virus yang menyebarkannya kepada orang lain. Dan aku amat tak suka virus! dah banyak kali virus merosakkan kerja-kerja aku! ngeee.. Virus dimatikan! STOP.

nota penghapus virus: kejap saya, kejap aku? apa kes? tak pa, itu bukan suatu kepelikan. heheh!

mukhsin dan kampung
| |
Tuesday, March 13, 2007 / 10:47 AM

MUKHSIN menggamit kenanganku ke kampung halaman. Sawah hijau yang permai.
Akan masih hijaukah saat aku menapak pulang nanti?

Seterusnya, masing-masing sudah tergambar jelas tentang zaman kanak-kanak yang kita lalui. Jadinya, perlukah aku hurai berpanjangan sepertinya kau tidak pernah 'hidup' di zaman kanak-kanakmu? heh!

18hb, balik kampung!

nota 'mukhsin' : Tak ada gambar untuk kau tatap! blog ini entah kenapa anti-gambar sekarang. huh!

Sakit yang kembali.
| |
Monday, March 05, 2007 / 4:16 PM

Salam buat semua pengunjung blog yang menjengah ke sini. Anda menjengah ke blog yang amat membosankan kerana tiada lagi 'tampalan' gambar-gambar yang diedit menggunakan photoshop. huhu..

Saya sekarang masih berada di lab yang sejuknya mengalahkan peti ais rumah. Menyelesaikan kerja-kerja design yang sesak dengan gambar yang entah apa-apa. Akibatnya, sakit itu datang lagi. Kerap duduk di atas bangku empuk pun sakitnya masih terasa. Aghhh.. sakit belakangku kembali menyerang!

Sudah, dilayan blog yang 'beku' ini tentu kerja saya terbengkalai dan sakitnya makin menjadi-jadi. Adeh...

Nota sakit : Sakit itu penghapus dosa. hiksss..

kePUTUSan
| |
Friday, March 02, 2007 / 6:37 PM

satu keputusan demi masa depan


...

HARI LAHIRKU (21)
| |
Thursday, March 01, 2007 / 12:34 PM

bismillahhirrahmanirrrahim.

assalamualaikum.

:) :) :) lihatlah senyuman yang tersimpul itu. hehehe. hari ini hari lahir saya yang ke-21(dah makin tua..ekeke).

Flashback.

Along: Jidah balik hostel tak malam ni? (pertanyaan ini diutarakan sewaktu kelas PCP lebih kurang pada pukul 3.45ptg)
Saya: Entah, tak confirm lagi. Kenapa?
Along: Alaa..baliklah, nak ajak teman along jumpa kawan malam ni. Temanla along.
Saya: Lahh.. kalau jidah tak balik kan leh ajak Ief?
Along: Taknak.. nak jidah gak teman. (Dalam hati: apa kes nak ajak aku jugak-jugak?)

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya aku menyatakan persetujuan menemani along.
Petangnya. Terlupa dengan janji along.(hahaha) stay kat kampus sampai malam bersama ngan Kak Ros 'n' the gang. Tengok mereka bikin video. haha. Sambil-sambil itu saya buatlah apa-apa yang patut (dok kat lab, apa lagi.. internet la :D ngehngeh)

Pukul 9.30 macam tu kami yang berada dalam lab yang sejuk+beku ini pulang menaiki teksi. (langsung tak ingat janji ngan along tadi. :p hihi) sebaik sahaja sampai di bilik. Penat lowh!! nampak katil aje. Panjat tangga naik atas katil, sambil borak-borak ngan Kak Ros dan Nisa' tentang kejadian yang kelakar dalam teksi tadi.. tiba-tiba si Ief terjengul. Minta buku Techno. Tengok muka Ief macam ada something. Ya Allah, waktu tu baru ingat janji ngan Along. haha.. terus terjun katil ikut Ief pergi bilik dia. Along terus marah-marah nampak muka saya. Katanya hantar message pun tak sampai. Nak sampai apanya, saya off henpon. Hahaha.

So, teman la along turun bawah yang konon nak jumpa orang mana ntah tu. Ntah kenapa baik pulak si Along malam ni nak belanja saya. Hentam jela, walaupun saya dah makan sebelumnya. Makan burger. Tunggu sampai setengah jam lebih jugak, tak datang-datang pun orang yang nak jumpa tu. Dah tu dengan selamba Along cakap "Dia tak datang pun, jom lah naik. Tak nak jumpalah" .
Cissss... sabar je. Saya dah ngantuk, tiba-tiba lak tak jadi. Bengang je.. Naik nak tidur je, rupanya tak habis lagi. Diajaknya saya pergi surau pulak. Dekat bilik wudhu' surau Ief menanti dengan menutup pintu.
"Jidah.. tolong, meh halau katak ni"
saya pula terfikir 'kalau ada katak, yang tutup pintu apahal?macam mana dia nak kuar.. si Khai tu pulak buat apa bertinggung kat dalam?' ciss.. lepas tu khai pun keluar
ntah macamana saya terperangkap masuk ke dalam bilik wudhu' itu. Dengan cepat-cepat juga mereka tutup pintu, tinggal Ief dan saya kat bilik wudhu' tu. Rupanya, kat dalam tu ada baldi. Terus je disimbahnya saya air kat dalam baldi. waktu tu saya bau REMPAH. tapi kenapa rempah tu pelik baunya? Saya apa lagi.. sembur la jugak si Ief tu. ingat saya sorang je boleh kena, diorang tak leh. heh!

Dah habis sembur-sembur, mandilah apa lagi. Dialog yang mual.

"Ko tau menda apa tadi tu jidah?" tanya Ief.
"Aku bau rempah. Rempah apa korang taruk?"
"Banyaklah ko rempah. BUDU la wei.. hahahahahaha"
Cissss... dan cissss lagi.!!! patutlah busukkkkk...

Dan entah macam mana saya boleh tak ingat hari lahir saya sendiri hari ini. kalau saya ingat, dah tentu awal-awal lagi saya dapat 'hidu' apa yang diorang rancangkan. Masalahnya saya langsung tak ingat. Sungguh-sungguh TAK INGAT. Pelik jugak, tapi ini kali pertama saya terlupa tarikh lahir sendiri. haha..

Masa lepak kat lab teman kak Ros semalam pun, PC yang saya guna tersilap tarikh terpampang 1 March 2007. Tapi entah kenapa saya tak ingat apa-apa tentang tarikh itu. Dan rasanya, kalau tak kerana mereka 'perkenakan' saya.. tentu hari ini pun saya lupa sampailah saya on balik hp saya dan berduyun-duyun message masuk. Agaknya, waktu itu baru saya ingat hari ini hari lahir saya. hahahaha...

kepada yang hantar message wish untuk saya, thanks!!!

:: Seorang hamba Allah ini, sering sangat buat saya terkejut. Pagi tadi dihantar message ucap besday saya, kenapa dia sering hadir saat-saat saya dah tak ingat tentang dia lagi? astagfirullah... sebelum ni berkali-kali saya hantar message, langsung tak berbalas. Tiba-tiba hari ini dia wish saya. Then, saya dah jangka. Lepas itu, message saya tak berbalas lagi. huh! tak paham, muncul untuk minta maaf, muncul untuk bagitau Ummi dia meninggal, muncul untuk bagitau dia KAWEN then muncul untuk wish besday saya. Dan semua secara tiba-tiba secara tak dijangka. Lepas ini apa lagi ntah. Penuh dengan kejutan betul dia, apapun.. syukran! ::

nota BUDU: henpon saya pon dah bau budu kena tempias air BUDU tu.. hampesh betul.