dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
adehla...
| |
Friday, May 26, 2006 / 2:33 PM

SAlam sejahtera kepada semua yang melawat blog aku yang JEEWANG ini (kata anga...)

PErtama-tamanya skali.. syabbas n bravo anga sebab ko berjaya menjadi pembaca berita yang cemerlang..huh! baik sungguh kupasan berita dpd ko.. sampai aku terguling2 membacanya... haha...

NAmpak gayanya... hari ini aku dtg jugak ke cc walopon dgn kaki yang masih bersisa sakitnya... siot punyer kete... sedap2 dia langgar aku..huhu... aku terpaksa dtg sebab janji ngan member aku. so, aku memaksa jualah abangku menghantar aku ke sini... hehe...

MOtor 'kerempitan' aku ROSAK TERUK... huwaaa.... handlenya terpusing ke kanan (sebab kete tu langgar aku belah kiri), side mirror terkepak... huh! sadis sungguh... kalo tgk keadaan motor tu orang akan pk aku duduk dalam wad la skang ni... tapi hakikatnya, aku langsung tak luka sikit pun... malah boleh dok lepak dpn pc lak..haha... tapi sakitnya, ya Rabbi.... sakit siutttt... bayangkanlah kete tu rempuh kaki aku... seb baik aku lompat kalo tak terseret aku masuk dlm perut kete tu... tak bertauliah punya pemandu kete... serempit2 aku pun aku takdela nak langgar orang tak tentu pasal (ayat yang sama aku luahkan pd anga)

DAn aku kemarin sepatutnya pergi ke hospital semula untuk mengambil ubat kat parmasi (mlm farmasi kat spital tu tutup la) ... tapi aku tak pegi pun, pe jadahnye? luka pun tidak nak makan ubat... hampeh arrr... kalo ikut aku tak nak pegi spital, sebab aku tgk diri aku tak luka apa pun, just sakit ke rempuh bumper kete je... tapi bapa sedara aku yang kebetulan lalu kat tempat aku xcdent tu paksa jugak2 aku g spital... malas nak cakap byk, ikut jela... bukan mende pun, tapi ntah nape la doktor yang rawat tu (ensem lg dpd mamat yang langgar aku ... hehe) sengal kaki nak soh aku g wat x-tray (ingat misi X x-tray ke hape?). aku tak rasa pun kaki aku ni retak or patah ke... sebab aku rasa sakit, huh... (aku ada pengalaman patah tangan, time aku patah tangan aku tak rasa sakit, just rasa sengal n lenguh2 kebas, so aku tak syak kaki aku patah or retak, sebab aku juga still bleh jalan cuma SAKIT saja la... sdgkan time tangan aku patah, aku sememangnya tak leh nak gerakkan tangan langsung). Huh! tapi disebabkan doktor tu ensem sgt.. haha... aku pun p la wat x-tray tu... seperti yang aku kata . AKU OK! tak de yang serius. hufh... rosakla tisu-tisu kaki aku kena sinar x-tray tuh... hampehhhh...

KEnapa aku bebel panjang sangat ni? dah la... sekian.

nota siku lipat : aku tak g amik ubat sebab ubat tu buat aku ngantuk bila makan... tak kuasa aku! bek tak yah makan ubat! huhu...

BILA JIDAH KEMALANGAN
| |
Thursday, May 25, 2006 / 2:11 PM

salam untuk semua pengunjung blog jiwang karat jidah ni..

sebenarnya...

sebenarnya..saya ANGA. Saya telah diamanahkan jidah untuk meng"inform" kepada korang semua bahawasanya:

"dengan ini di umumkan bahawa jidah JEEEEEEWANG...telah mendapat kecelakaan dimana beliau telah berlanggar dengan sebuah kerete (milik seorang lelaki ensem..yang ni aku tambah2 je) pada malam tadi(kalo tak silap aku la.)

jadi..diminta kita semua agar dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan beliau dalam arena kepayahan nak "melabur" kerana kecederaan dikaki yang menyukarkan untuk bertinggung. dan juga kerana kecederaan yang serius pada motorsikalnya..maka beliau meminta saya meng"war-warkan" kepada seluruh seantero nahawa beliau tidak dapat kembali ke arena pemblogan ini dalam waktu terdekat dan terhampir kerana keparahan pada motorsikalnya."

sekian terima kasih..

nota : jidah sangat memaki org yang melanggar beliau sehingga belaiu hilang ilham jiwang dalam arena kerempitan..


jejak - jejak itu..
| |
Friday, May 19, 2006 / 4:56 PM

Photobucket - Video and Image Hosting
J
ika kau perasan, jejak kita abadi di situ dalam ingatanku.

nota siku lipat : mengapa aku sengal jiwang aje ni? adehlaaa....


| |
Tuesday, May 16, 2006 / 5:42 PM

Photobucket - Video and Image Hosting


Anga bertanya, mengapa aku tak apdet... ini saja yang aku mampu anga... aku tak ada bicara manis utk di paparkan...

Anga... aku suka bila ko belajar meluahkan.
jangan pendam, nanti hati ko sakit, sakit,sakit dan sakit... tapi juga, aku tahu ko ada dia... dia jugalah yang buat ko tersenyum walau dalam hati ko tersimpan sejuta nanar! Tabah anga... orang yang jiwanya kaco seperti kita kena tabah dan kuat selalu!

Anga... terima kasih utk persahabatan yang terjalin. Aku amat-amat menghargainya! syukran jazilan ya ukhti....


nota siku lipat : kenapa aku rasa piling terlebey jerk? haha...

bicara lubuk hati...
| |
Friday, May 12, 2006 / 1:30 PM

Photobucket - Video and Image Hosting

Mak.. Mama.... selamat hari ibu!

Maaf kerana anak perempuan tunggal dalam keluarga ini terlalu nakal dan degil...

Tapi ketahuilah... anak ini sangat sayangkan mak, mama, abah, dan ayah yang tercinta.

Terima kasih untuk segala asuhan, kasih sayang, belaian mesra, serta segalanya yang selayaknya seorang ibu berikan. Anak ini menghargainya... walau adakalanya 'pemberontakannya' mengalahkan rusuhan... tapi anak ini juga tahu nilai kasih ibu!

Mak... mama, maaf kerna anak ini pernah melukakan hati ibu. Luluh rasa hati saat mengalir air mata ibu. Anak ini berjanji... takkan buat ibu runsing lagi! Terima kasih amat atas pengertian ibu..

Ibu... kaulah segalanya di hati ini.. yang selalu ada saat kuperlukan.. terima kasih atas perhatianmu... terima kasih teramat-amat!

Mak...mama, selamat hari ibu! sayang mak... sayang mama..... MUAH!MUAH!MUAH!

nota siku lipat : sapa lagik ada dua ibu? beruntung sungguh aku! sayang ibukuuuuu.... makkk.... aim kamingggggg -balik kampung jom-


Tuhan...terima kasih atas kurnia ISTIMEWA-MU.
KAU limpahkanlah segala kesejahteraan ke atas kedua-duanya...
Ampuni segala dosa meraka... Redhai mereka sepanjang masa...
Semoga aku menjadi anak yang taat kepada keduanya...
Aminnn!!!


sengal betul laa....huh!
| |
/ 12:27 PM

Gila siut!!!! sapa yang sengal buku lali menyebarkan gusip saya kawen? saya masih single mingle... still ebelebel la... wakakaka....
huh! tak aciz sungguh... hanya kerana saya tak apdet blog dan senyap utk beberapa ketika... sudah dikatakan saya berkawen? tak adillll... sungguh sengal rasanya! huhuhu....

Kepada anga dan juga kepada semua yang bertanya mengapa saya tak punya kekuatan untuk mengatakan 'tidak' pada sebuah pertemuan yang 'semudah' itu... ini jawapannya.
Ada satu perkara yang ingin saya selesaikan... dan perkara itu hanya boleh selesai dengan sebuah pertemuan, iaitu satu pertanyaan yang tidak terjawab... saya just mahu jawapan terhadap soalan di benak saya, kendian... tidak berjumpa langsung selepas itu pun. NO big deal! ngeeee... dan apakah soalan itu biar hanya saya yang tahu...hehe (mesti anga kata,aku pon ko tak bgtau?) :-P

Mungkin ada yang tanya, kenapa nak tanya satu soalan perlu sebuah pertemuan? dlm hp takleh tanya? kat email ke? kat ym ke? kat mana2 je tanpa sebuah pertemuan... kenapa? sebabnya...
saya mahu memandang tepat ke matanya, ingin melihat jawapan itu benar atau tidak. Sebab saya tahu dan saya kenal dia itu... bila masanya jawapan itu lahir dari hatinya, dan bila masanya jawapan itu sekadar memenuhi 'satu permintaan'. Bukankah bicara mata itu benar? korang penah baca bicara mata tak? cubalah... kebenaran akan terserlah di balik mata! :-)

hurm... itu saja...

nota siku lipat : tunggu dan lihat saja... apakah kata itu dikota atau tinggal bekas tak terlihat?!

Dia, kenangan serta sebuah pertemuan?
| |
Sunday, May 07, 2006 / 5:56 PM

Sedang saya beristirehat bersama keluarga... hp koman cap ayam saya (kata anga) berbunyi 'bep'... satu msg diterima! Siapa gerangan yang menghantar msg ini? Oh nombor itu, yang selama ini tersimpan rapi dalam simkad 017 saya ... bunyi msgnya ..

"Assalamualaikum... maaf *** lambat balas,*** apa kabar? *** kat sini sihat aje... kita jumpa bulan 12 nanti ok?"

That's all! terpana seketika saya. Benarkah dia ini? Msg saya bertanya kabarnya dua minggu yang lepas baru berbalas hari ini, dan balasannya bersama sebuah 'pertemuan' pada bulan 12 nanti? ufh!

~~~
Tiga tahun saya menunggu untuk dia kembali dalam hidup saya, jika tidak seperti dahulunya, sekurang-kurangnya hanya sekadar saya sebagai seorang yang dia kenali. Sebagai seorang yang akan tersenyum tatkala dia memandang saya, bukannya berpaling saat bertembung saya.
Saya menanti dengan penuh sabar, merisik kabarnya dari jauh... sampai satu ketika usaha saya membuahkan hasil, bila mana pertanyaan kabar saya padanya berbalas sekitar penghujung 2005. Saya tersenyum tapi kemudian saya tak mengerti, bila mana reaksinya bagai acuh tak acuh.. biarlah, kata hati saya... dan sekarang... sampai saya dah tak berharap apa-apa... sampai saya TERHENTI dipertengahan pengharapan, dia hadir menyapa saya dengan ungkapan sebuah 'pertemuan'?
~~~
Saya membalas..
"W'salam. sehat alhamdulillah.. bulan 12? insyaAllah, jika tak ada aral melintang."
dan dia... terus sepi tanpa sebarang balasan lagi. Mungkinkah sms dari dia akan menjelma kembali tatkala munculnya bulan 12?
Namun yang pastinya. Jika benar pertemuan bakal terjadi. Ada satu soalan yang tiga tahun saya pendamkan mahu saya tanya padanya. PASTI! Satu soalan yang tak saya temui jawapannya!

Photobucket - Video and Image Hosting

nota siku lipat : saya sejuk sekarang...sejuk amat, rasa ingin menikmati satu cawan nescafe o suam !

kepingan gambar....
| |
Friday, May 05, 2006 / 6:10 PM

Gambar-gambar suka ria.... holiday dalam hutan... huhu...
kebosanan membuatkan saya mempublishkan gambar-gambar yang baru seminggu diperam dalam photobucket saya... muahahaha ...

Hak saya sebagai pemilik blog... adalah... ikut suke ati apa yang saya nak apdet... huhu...

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting



Nota siku lipat : Tiada sekeping pun gambar saya di situ... muahahaha....

burinkkkkkk....
| |
Wednesday, May 03, 2006 / 5:35 PM

ntah tahap apa keborinkngan saya kat rumah...huhu...
tak dapat kuar ke mana-mana sebab tak de transpot. ufh! ini pon cilok kejap motor ayah datang ke cc..hihi...

saya tak ada apa nak apdet sangat.... sebab saya datang sekejap cuma!
tujuan saya datang ni pun sebab nak ym ngan anga...(sebab dia off kan hp dia sekian lama, menyusahkan saya utk menghubungi dia...huhu)



Photobucket - Video and Image Hosting

gambar ini sekadar hiasan entry!


sekian...wassalam.

nota siku lipat : anga... tlong on kan hp, kekronikan aku ditahap yang serius!


perginya bersama cinta suci!
| |
Monday, May 01, 2006 / 9:45 PM

Assalamualaikum...

Malam ini hasrat hati saya mahu mengapdet sesuatu yang menggembirakan... tapi... saya tersentak apabila masuk blog kak zuril, dan membaca entry tentang seorang blogger yang telah kembali kerahmatullah... berita itu tiba2 buat saya sebak amat! tak tahu mengapa.... dan saya telah mengambil keputusan utk menundakan sahaja entry gembira yang saya maksudkan... biar kesempatan yang ada ini saya abadikan sedikit tentang rasa hati saya apabila memasuki blognya.

Saya tidak selalu memasuki blognya... tapi dari jauh, tanpa meninggalkan pesan, sesekali... saya masuk jua menjengah blog itu... dan tak sangka... blog itu telah sampai ke 'penghujungnya' bersama perginya tuan blog itu dari dunia fana ini... blog itu penuh dengan luahan ketulusan hatinya mengenai kehidupan, cinta dan segala rasa yang ada di jiwanya... dia meluahkan dengan setulusnya daripada hati yang suci... ada lagikah luahan rasa yang sebegitu ikhlas? -kerana dia tahu hidupnya tak lama, apa yang diluahkan pastilah apa yang BENAR-BENAR dari lubuk hati-
yang bisa buat hati-hati kita sendiri tersentuh ketika membacanya... sebelum mengapdet blog ini, sekali lagi saya menjengah entry2 sebelumnya di blog itu.... membaca dan menghayati jua berfikir setiap ayat yang cuba disampaikan... syahdu dan sebak menyelinap ke hati!

Blog itu entah akan disambung oleh "cinta hatinya" ... atau dibiar begitu sahaja, atau didelete... saya sendiri tak pasti... tapi yang pastinya, blog itu tersembunyi rangkaian kisah hidup sebenar seorang insan yang berhati murni.

Tuhanku... semoga rohnya tenang disampingMU.... tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang-orang yang ENGKAU redhai... aminnn...

ghaz :: ajarkanlah ilmu tentang cinta::

Al-Fatihah...


nota khas : entry ini mungkin agak lewat, sebab saya pun baru masuk blog dia. sesungguhnya, di situ saya kenali erti cinta sejati! (harap blog itu tidak didelete walaupun mungkin tidak disambung)