dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
dot.. dot.. dot..
| |
Saturday, January 27, 2007 / 10:06 PM

salam..

ok what tajuknya dot dot.. hahah..

Saya sekarang di bangi, baru pulang dari cheras.. mencarik sejenak waktu buat menaip lantunan kata.

Esoknya.. saya punya agenda(oh,lupa..masih belum sms kwn). Agenda berjalan-jalan. heh. bukan sekadar berjalan, berjalan mencari barang. Esok awal-awal pagi saya akan berangkat semula ke Bangsar(hostel) tanpa dapat bertemu dengan orang-orang yang bermastautin di UKM, termasuk fazari(mesti fazari tersedak ketika ini.. huhu) .

Baiklah.. serasa-rasanya, hanya sekadar ini bingkisan kata saya.. waktu makin larut, dan saya perlu menapak pulang..

nota dot-dot : Anga.. selamat bertukar tempat kerja! gaji pertama di tempat baru jgn lupa belanja aku.. hahaaa..

pamitan kesibukan.
| |
Monday, January 22, 2007 / 4:42 PM

salam..

pamitan kesibukan sedang aktif menonjolkan diri dalam kamus hidupku..
derapan langkah perlu aku susun sebaik mungkin agar hari-hariku tidak ribut dilanda badai yang terkadangnya tak dapat disangka hadirnya.

sibuk.. tentu semua dari kita arif benar tentang satu istilah itu. kadang letih melawan arusnya, tapi ada saat hati rasa indah dengan sapaannya yang bersahaja.. mungkin dengan itu, abjad BOSAN dengan sendirinya akur dan berterbangan umpama buih-buih basuhan.

makanya, aku dalam detik ini menyediakan diri untuk berhadapan setenang mungkin dengan rentapan kesibukan yang menjelma.

nota sibuk :: Berusaha menstabilkan kesibukan ::

kenapa?
| |
Tuesday, January 16, 2007 / 12:55 PM

salam..

ada orang yang sedang melampiaskan rasa hatinya dengan semahu hatinya.. beserta kata yang tiada sempadannya. buat diriku berfikir ligat, gerangan apa yang menimpa jasadnya?

kita.. terkadang ada rasa ingin memberontak, ada hati ingin menjerit!
Namun terkadang-kadangnya, perlu dikawal gelojak jiwa.. biar luahnya cara yang benar!

Kau yang tahu tentang bicaraku.. pasti kan mengatakan, mempraktik tidak sesenang untuk bercakap! Hey... kau, aku tahu sedikit tentangmu biarpun bukan segala. Hatimu sunyi dengan dunia yang kau ciptakan. ayuh! bukakanlah sedikit ruang, biar tersentuh sedikit sinar dalam malap yang kau ciptakan..

dari jauh-jauh ini aku sebenarnya masih terkenang kisah-kisah permulaan tentang KITA!

sekeping nota: tiap hari yang mendatang sememangnya takkan sama dengan yang berlalu!

SeGaLa Baru...
| |
Monday, January 15, 2007 / 12:36 PM

sALam tahun Baru..
walau mungkin agak terlewat..

saya agak busy dengan minggu orientasi kerna saya menjadi OC (Orientasi Committee).. hehehe... hari ini hari pertama berada kembali di unikL.. ngeee... semester baru bermula. perjuangan baru terbentuk.. yang sudah-sudah bagaimana?

azam?

saya ingin merealisasikan JANJI pada seseorang. Yang pada awal Januari 2007 telah membuat saya menangis, dengan lenggok bicara dan kisah hidupnya. JANJI apa?
JANJI ... mana boleh beritahu... itu bicara rahsia.. hihihi.. insyaAllah, akan saya realisasikan JANJI itu pada dia!

akan ketawakah anda sekalian yang membaca jika saya katakan saya yang brutal dan ganas ini ingin menjadi gadis muslimah yang lemah lembut? hahahha..(saya pula yang tertawa sebelum anda.. heheh) benar, saya ingin merubah penampilan. :D kalau boleh, BAJU KURUNG biar jadi PILIHAN UTAMA! :D :D insyaAllah. Moga saya boleh menjadikannya realiti :) -- dan hari ini saya pakai baju kurunglah! -- :D

hati mahu dididik biar punya daya tahan yang jitu. saya tak mahu lemah menghadapi tiap situasi yang menyukarkan. motivasi! saya punya pakar motivasi sekarang! sangat bagus! haha..

itu saja.. azam saya mungkin tak banyak, tapi bagus jika berjaya untuk direalisasikan bukan?

YANG BERLALU...

biar semalam jadi panduan,
hari ini jadi pedoman,
esok jadi kenyataan.

nota BaRu :: Pen Drive saya yang punya segala macam benda hilang maaa... sangat sedih, tapi.. mengajar hati dengan berkata"tak apalah, bukan semua benda akan kekal bersama untuk selamanya" ::