dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
Kelmarin...
| |
Wednesday, March 29, 2006 / 1:30 PM

28/03/2006 - SelaSa...

Hasrat hati untuk mengupdate blog ini semalam tak kesampaian... sebab saya tak sempat nak berlama-lamaan kat cc.hurm... dan dikesempatan yang ada ini, ingin saya abadikan sikit kenangan semalam di sini... tentang kelmarin. 3 perkara yang buat saya TERSENYUM...

1- Happy Belated Besday untuk BraderMacho (28 hb 3) Terima kasih untuk segala yang pernah saya dapat sepanjang saya kenal dengan insan ini... dan saya mohon maaf jika ada perkara yang pernah mengguris hati insan yang baik ini. Baik sangat orangnya... :) saya doakan moga hidupnya akan terus dilimpahi berkat dari-Nya. insyaAllah... aminnn!

2- Mykad saya yang hilang hari ahad lepas kembali dipulangkan oleh sorang insan yang baik hati datang hantar balik mykad saya kat rumah kelmarin. [ panjangnya ayat :-P ] moga dia juga dilimpahkan keberkatan... huhu... naseb baik saya belum pergi JPN buat mykad baru... mekasehhh sangat!!!

3- Adik saya pulang ke rumah... selamat kembali, moga kita sekeluarga dapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku. Jalani hidup dengan sebaiknya selepas ini. Kakak doakan kita sekeluarga tak berhadapan situasi begitu lagi. aminnn!

Tapi...
ada juga yang buat saya geram yang amat sangat kelmarin.

Cuba bayangkan... jika kalian perlukan duit sangat-sangat-sangatttt... untuk urusan segera. dan kalian berjumpa dengan orang yang berhutang dengan kalian untuk menuntut supaya hutang dijelaskan.. sebab kalian perlu sangat waktu itu..tapi orang yang berhutang tu taknak kasi. Apa perasaan kalian?

Abah saya berhadapan dengan situasi ini semalam. Saat duit diperlukan sangat-sangat, tak ada seorang pun yang berhutang dengan abah nak bayar hutangnya. Sedangkan, abah saya dah BAGITAU awal-awal (sebulan sebelum tarikh 28 hb 3) bahawa abah saya nak guna duit untuk urusan yang PENTING. Jadi harapnya diorang dapat bayar dalam tempoh yang ditetapkan. Tapi, macam-macam alasan pula yang timbul... tak ke bengang? adehla... kenapa manusia yang berhutang itu payah sangat nak bayar... hutang tuh pulak bukan baru... dah lapukkk...lama sangat nak bayarnya, entahla... tak paham saya apa diorang pk... kalo tak leh bayar semua sekaligus, bayar sikit-sikit pun boleh la.... hm....