dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
ayat-ayat cinta
| |
Friday, December 08, 2006 / 1:24 PM

salam buat kalian yang sudi membaca..

jika anda tidak suka bercinta... TOLONG JANGAN BACA! heh...

Photobucket - Video and Image Hosting


setelah puas melihat enaknya olahan filem cinta, aku berteleku hampir dua hari yang bosan sepanjang berada di rumah menghabiskan kisah cinta yang menarik hati dalam novel "Ayat-Ayat Cinta".

sungguh indah dan mempersona jalan atur ceritanya beserta tiap watak ciptaan penulisnya iaitu Habiburrahman El Shirazy (Novelis, Sarjana Al-Azhar Universiti Cairo). Kisah cinta ini bukan kisah biasa yang selalu dan acapkali dipertengahkan oleh sekian banyak novel. Kisahnya, mengajar, menasihati, memikir dan membawa kita untuk sama-sama merasa nikmat cinta yang SEBENAR. Susunan katanya juga amat serasi dan mudah difahami.. sangat patut dan wajar untuk yang ingin mencari kelainan daripada membaca novel-novel yang berlambak adanya di pasaran. :)

watak utama dalam novel ini (Fahri) digarap dengan begitu baik disamping dua watak yang membangkitkan lagi keindahan novel ini (Aisha dan Maria) .
ingin merasa indahnya CINTA? capai, baca dan hayati dengan seikhlasnya hati dari novel "Ayat-Ayat Cinta"


"alangkah manis bidadariku ini
bukan main elok pesonanya
matanya berbinar-binar
alangkah indahnya
bibirnya
mawar merekah di taman syurga.." -Fahri.


"Suamiku, kita ini satu jiwa. Kau adalah aku. Dan aku adalah kau. Kita akan mengharungi kehidupan ini bersama. Dukamu dukaku. Dukaku dukamu. Sukamu sukaku. Sukaku sukamu. Cita-citamu cita-citaku. cita-citaku cita-citamu. Senangmu senangku. Senangku senangmu. Bencimu benciku. Benciku bencimu. Kurangmu kurangku. Kurangku kurangmu. Kelebihanmu kelebihanku. Kelebihanku kelebihanmu. Mulikmu milikku. Milikku milikmu. Hidupmu hidupku. Hidupku hidupmu." -Aisha


"Aku masih mencium baunya syurga. Wanginya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya."-Maria.