dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
kembali menapak.
| |
Monday, December 04, 2006 / 9:23 PM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya kembali lagi ke sini, dengan izin dari-Nya jua. Saat dan ketika ini, saya berada di kampung halaman saya (jitra, kedah) kerana saya sedang bercuti semester.

Apa perasaan tatkala berada di kampung? 3 hari pertama, saya rasa agak bosan. kenapa? sebab saya tak boleh nak keluar ke mana-mana, tak ada kenderaan. Jadinya, saya terpaksa duduk dalam rumah dengan perasaan penuh sebal. Hari ini sahaja baru saya boleh menapak keluar ( itupun setelah abang saya setuju hantar saya ke CC malam ni. ) Kalau tidak, blog ini akan terus usang tanpa jentikan keyboard daripada saya. :)

Tidak ada apa sangat yang mahu saya coretkan, esok.. saya mahu menonton CINTA yang sedang enak dijamah penonton di setiap pelosok negeri-negeri di Malaysia sekarang. :)
Agaknya saya terlewat, tapi rasanya saya belum terlambat kan?

Mungkin jua akan ada satu entry esoknya mengulas tentang CINTA. :)

Nota Jikustik : Untuk dikenang sahaja semua ini sebenarnya...

Sekian.