dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
HARI LAHIRKU (21)
| |
Thursday, March 01, 2007 / 12:34 PM

bismillahhirrahmanirrrahim.

assalamualaikum.

:) :) :) lihatlah senyuman yang tersimpul itu. hehehe. hari ini hari lahir saya yang ke-21(dah makin tua..ekeke).

Flashback.

Along: Jidah balik hostel tak malam ni? (pertanyaan ini diutarakan sewaktu kelas PCP lebih kurang pada pukul 3.45ptg)
Saya: Entah, tak confirm lagi. Kenapa?
Along: Alaa..baliklah, nak ajak teman along jumpa kawan malam ni. Temanla along.
Saya: Lahh.. kalau jidah tak balik kan leh ajak Ief?
Along: Taknak.. nak jidah gak teman. (Dalam hati: apa kes nak ajak aku jugak-jugak?)

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya aku menyatakan persetujuan menemani along.
Petangnya. Terlupa dengan janji along.(hahaha) stay kat kampus sampai malam bersama ngan Kak Ros 'n' the gang. Tengok mereka bikin video. haha. Sambil-sambil itu saya buatlah apa-apa yang patut (dok kat lab, apa lagi.. internet la :D ngehngeh)

Pukul 9.30 macam tu kami yang berada dalam lab yang sejuk+beku ini pulang menaiki teksi. (langsung tak ingat janji ngan along tadi. :p hihi) sebaik sahaja sampai di bilik. Penat lowh!! nampak katil aje. Panjat tangga naik atas katil, sambil borak-borak ngan Kak Ros dan Nisa' tentang kejadian yang kelakar dalam teksi tadi.. tiba-tiba si Ief terjengul. Minta buku Techno. Tengok muka Ief macam ada something. Ya Allah, waktu tu baru ingat janji ngan Along. haha.. terus terjun katil ikut Ief pergi bilik dia. Along terus marah-marah nampak muka saya. Katanya hantar message pun tak sampai. Nak sampai apanya, saya off henpon. Hahaha.

So, teman la along turun bawah yang konon nak jumpa orang mana ntah tu. Ntah kenapa baik pulak si Along malam ni nak belanja saya. Hentam jela, walaupun saya dah makan sebelumnya. Makan burger. Tunggu sampai setengah jam lebih jugak, tak datang-datang pun orang yang nak jumpa tu. Dah tu dengan selamba Along cakap "Dia tak datang pun, jom lah naik. Tak nak jumpalah" .
Cissss... sabar je. Saya dah ngantuk, tiba-tiba lak tak jadi. Bengang je.. Naik nak tidur je, rupanya tak habis lagi. Diajaknya saya pergi surau pulak. Dekat bilik wudhu' surau Ief menanti dengan menutup pintu.
"Jidah.. tolong, meh halau katak ni"
saya pula terfikir 'kalau ada katak, yang tutup pintu apahal?macam mana dia nak kuar.. si Khai tu pulak buat apa bertinggung kat dalam?' ciss.. lepas tu khai pun keluar
ntah macamana saya terperangkap masuk ke dalam bilik wudhu' itu. Dengan cepat-cepat juga mereka tutup pintu, tinggal Ief dan saya kat bilik wudhu' tu. Rupanya, kat dalam tu ada baldi. Terus je disimbahnya saya air kat dalam baldi. waktu tu saya bau REMPAH. tapi kenapa rempah tu pelik baunya? Saya apa lagi.. sembur la jugak si Ief tu. ingat saya sorang je boleh kena, diorang tak leh. heh!

Dah habis sembur-sembur, mandilah apa lagi. Dialog yang mual.

"Ko tau menda apa tadi tu jidah?" tanya Ief.
"Aku bau rempah. Rempah apa korang taruk?"
"Banyaklah ko rempah. BUDU la wei.. hahahahahaha"
Cissss... dan cissss lagi.!!! patutlah busukkkkk...

Dan entah macam mana saya boleh tak ingat hari lahir saya sendiri hari ini. kalau saya ingat, dah tentu awal-awal lagi saya dapat 'hidu' apa yang diorang rancangkan. Masalahnya saya langsung tak ingat. Sungguh-sungguh TAK INGAT. Pelik jugak, tapi ini kali pertama saya terlupa tarikh lahir sendiri. haha..

Masa lepak kat lab teman kak Ros semalam pun, PC yang saya guna tersilap tarikh terpampang 1 March 2007. Tapi entah kenapa saya tak ingat apa-apa tentang tarikh itu. Dan rasanya, kalau tak kerana mereka 'perkenakan' saya.. tentu hari ini pun saya lupa sampailah saya on balik hp saya dan berduyun-duyun message masuk. Agaknya, waktu itu baru saya ingat hari ini hari lahir saya. hahahaha...

kepada yang hantar message wish untuk saya, thanks!!!

:: Seorang hamba Allah ini, sering sangat buat saya terkejut. Pagi tadi dihantar message ucap besday saya, kenapa dia sering hadir saat-saat saya dah tak ingat tentang dia lagi? astagfirullah... sebelum ni berkali-kali saya hantar message, langsung tak berbalas. Tiba-tiba hari ini dia wish saya. Then, saya dah jangka. Lepas itu, message saya tak berbalas lagi. huh! tak paham, muncul untuk minta maaf, muncul untuk bagitau Ummi dia meninggal, muncul untuk bagitau dia KAWEN then muncul untuk wish besday saya. Dan semua secara tiba-tiba secara tak dijangka. Lepas ini apa lagi ntah. Penuh dengan kejutan betul dia, apapun.. syukran! ::

nota BUDU: henpon saya pon dah bau budu kena tempias air BUDU tu.. hampesh betul.