Salam buat semua pengunjung blog yang menjengah ke sini. Anda menjengah ke blog yang amat membosankan kerana tiada lagi 'tampalan' gambar-gambar yang diedit menggunakan photoshop. huhu..
Saya sekarang masih berada di lab yang sejuknya mengalahkan peti ais rumah. Menyelesaikan kerja-kerja design yang sesak dengan gambar yang entah apa-apa. Akibatnya, sakit itu datang lagi. Kerap duduk di atas bangku empuk pun sakitnya masih terasa. Aghhh.. sakit belakangku kembali menyerang!
Sudah, dilayan blog yang 'beku' ini tentu kerja saya terbengkalai dan sakitnya makin menjadi-jadi. Adeh...
Nota sakit : Sakit itu penghapus dosa. hiksss..