terima kasih berkunjung ke blogku yang entah sampai bila riwayat 'hidup'nya.
seperti tajuk yang tertera di atas.. semenjak dua ini aku diserang sakit di bahagian kepala sebelah kiri.. bila sakit tu datang, terasa bergerak-gerak urat saraf di kepala. Tapi sakitnya tak lama, hanya menyerang dalam tempoh dua atau tiga saat..
tapi kerap juga sakitnya, dalam sehari mungkin 10 kali atau lebih. ah, kifarah dosa agaknya.. heee..
sejuk benar, dalam sudut manapun di bangunan unikL ni kesejukan pasti menyengkam(kecuali dalam tandas) .. huhu. Sepatutnya aku sudah berada di hostel tapi hujan lebat menyebabkan kuterpaksa menunggu seketika.. aih, banyak baju tak basuh!
Semalam aku baru saja pulang dari KEM LEMBAH PANGSUN(hulu langat),selama tiga hari.. so memang banyak baju yang nak kena dibasuh. Semalam tak tak ada masa sebab memang penat gila tak ingat dunia!! nampak katil je.. ha ha.
Malam ini aku ada hal. huh, sangat busy.. tapi takpe,25hb daku pulang ke kampung! ahaha, mesti sawah tengah menghijau.. tak sabar mahu menghirup udara sawah. Mak, ayah.. family. RINDU!
Entah mengapa rindu ini mencengkam benar,
Sampai kadang tak sedar ada mutiara yang menitis sepi,
Tak pernah sekali aku begini,
Rindu yang terlalu menghimpit hati.
Ya Allah, rindunya aku!
Mungkin.. kerinduanku selama ini kepada mereka yang penting dalam hidupku terhijab terhadap kerinduanku pada yang lain. Tapi bila sunyi begini, bila sepi begini.. sesekali kau imbas kenangan ada rindu yang dalam kau simpankan. Tak terzahir untuk diucap....