dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
demam
| |
Tuesday, August 07, 2007 / 12:01 PM

hari ni dah masuk dua hari aku demam..
selalu-selalu kalau demam sehari je dah boleh baik lepas makan ubat.. tapi tidak kali ni nampaknya.. sebab demam ni bukan demam biasa..

demam ni disebabkan kerongkok aku yang menghadapi masalah.. merah, pedih dan bernanah sedikit [kata doktor laa.. gerun je aku dengar bernanah tu..huhu] katanya aku menghidapi ulser [yeke gitu ejanya] .. dan katanya lagi, stress tidak baik untuk aku.. [hahah.. aku terpikir macam mana dia tau aku stress ni.. huhu]

dan akhirnya, doktor yang cun tu telah menyenaraikan beberapa makanan yang aku tak boleh makan [huuu..tak beshnya, aku suka makan.. :( tak dapat la nak makan macam selalu lagi] ..
katanya lagi lepas ni sila makan perlahan-lahan.. jangan nak cepat habis, sebab kerongkokku sentitif.. senang 'calar'.. haha [sekali lagi aku terpikir, macam mana dia tau aku makan laju-laju.. haha]

hari ini aku tak ada kelas.. oh yehh.. mahu keluar[peduli apa aku demam pon, nak kuar jugak]
dua hari lepas sebelum demam aku telah menyenaraikan sesuatu yang patut aku laksanakan.. aku tak pasti adakah pelaksanaan yang mendadak itu membuatkan aku demam? huhu.. apapun, aku perlu melaksanakannya..

:: abahku nak datang khamis ni.. mesti rindu akan anaknya.. hehe, aku ni anak abah.huhu ::