Hari sabtu dan ahad yang lepas, bertempat di ASWARA telah berlakunya kejadian yang menggembirakan aku iaitu adanya "Seminar Penulisan Cereka 2007" .. :) senyumku tampak gembira bukan? hehe... dapat bersua dengan beberapa sasterawan negara dan beberapa penulis kegemaran tentulah gembira. Sehingga tidurku begitu lena walaupun seharusnya berasa takut berada dalam bilik seorang diri sedangkan kawan-kawanku semuanya pulang atau overnight entah di mana. hurm... biarkan mereka, asalkan bahagia.. seperti aku, hahaha...
Tapi kegembiraanku tidaklah begitu meninggi tahap langit bila mana aku masih risau dengan keadaan notebook yang masih belum dibaiki. Ini semua telah menyebabkan kerja-kerjaku tergendala. Harap-harap minggu ini semuanya selesai dan aku dapat menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh. Aku juga sedang menanti kedatangan abahku pada hujung minggu ini (katanya mahu datang tapi belum pasti), walaupun begitu, aku tetap menunggu. :)
Oklah.. ada janji temu bersama seseorang. hehehe... sampai di sini dahulu. salam.
::Gambar-gambar tidak dapat diupload disebabkan masalah teknikal::