dermawan2u
aku ini..
Tag Board
Jejaring Maya
penulis-penulis

Akhi Masrawi
Amiza Khusyri
Faisal Tehrani
Saharil Hasrin Sanin
Zaid Akhtar
Credits

Archive
Counter
| |
Wednesday, November 14, 2007 / 12:20 PM

semalam : hujan bersama air mata.

semalam hujan menyaksikan pertemuan aku dan dia. hujan juga telah menyaksikan luluhnya air mataku di hadapan dia.

aku tidak pasti untuk apakah air mata itu. tapi ada suatu yang tertahan di atma sehingga aku tak mampu menahan lagi lantas terurai bersama titis-titis jernih. hatiku terasa sakit.. terlalu sakit! hatiku lebih sakit kerana dia menyembunyikan dalam-dalam tiap apa yang ada di hatinya. aku tahu telah banyak.. malah terlalu banyak yang terpendam di sudut hatinya. tiap kali pertemuanku dengan dia, aku tahu ada yang dia simpankan.. rapat, kemas hanya dalam hatinya sendiri. tetapi, aku masih mampu mengawal seperti mana dia juga pandai mengawal dan menyimpan apa yang dilindungi di balik sukmanya.

akan tetapi juga, aku sungguh tak mengerti mengapa semalam saat terpandang mukanya.. aku dapat merasa satu kesakitan yang terlalu dalam. sepatutnya aku tidak menunggu, tapi hatiku yang mendesak.. dan desakan hatiku ini rupanya telah menampakkan sesuatu. dia dah lain, dan aku .. tidak merasakan apa-apa. itu hak dia untuk memilih kelainan. wajahnya semalam telah berkata-kata sehingga aku merasa terlalu sakit dan menangis. aku tak dapat tahan lagi seperti selalu.. tapi, hanya aku yang tewas sedang dia masih selamba dengan wajah biasa walau dalam hatinya aku tahu ada yang berkocak dan bergelora. kelakar, hanya aku yang menangis. dia memang bijak mengawal emosi.. atau mungkin dia telah terlalu banyak menangis sendirian?

aku banyak belajar menjadi matang bila mula kenal dengan dia. aku mula belajar memandang kehidupan dari persepsi yang berbeza bila kenal dia. aku belajar untuk mengawal emosi sejak kenal dia. sebenarnya, banyak yang aku perolehi sepanjang kenal dia. dan aku tak pernah menyesal mengenali dia, sekalipun aku tahu suatu hari nanti dia akan pergi daripada hidupku seperti mana dia juga akan pergi daripada hidup insan yang dia sayang tanpa sebab.

rumitnya hidup! penuh rencah.

"Bila suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau sayang tanpa sebab.. Kau akan tahu macam mana siksanya nak tinggalkan orang yang kau sayang tanpa sebab tu."
dan ayat itu, tertusuk dalam amat melekat dalam atmaku.
:: cuba hidup dengan biasa-biasa saja ::